← Back to list
EPL: Arsenal fokus lebar kedudukan di puncak liga!
Mar 04, 2026
Arsenal buru tiga mata penuh apabila berdepan Brighton pada aksi EPL, awal pagi esok.
Ia bagi melebarkan jurang kedudukan skuad kendalian Mikel Arteta di puncak liga.
The Gunners terus mengungguli carta dengan 64 mata – beza lima mata dengan Manchester City.
Ikuti aksi antara Brighton dan Arsenal secara langsung bermula 3:20 pagi nanti di Astro, saluran 813 dan aplikasi Sooka!
__
Al-Nassr mengesahkan bintangnya, Cristiano Ronaldo alami kecederaan hamstring.
Legenda bola sepak dunia itu sebelum ini terpaksa dikeluarkan ketika Al-Nassr benam Al-Fayha 3-1 pada aksi Liga Saudi Pro, Sabtu lalu.
__
Dan, Tengku Hazman Raja Hassan yang kini memegang status pemangku ketua jurulatih Terengganu kekal membimbing pasukan itu hingga akhir musim ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu beri bayangan tidak akan 'merekrut' ketua jurulatih baharu pasukan bagi harungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi