← Back to list
Liga Super: JDT belasah Negeri Sembilan 4-0
Nov 02, 2024
JDT terus pamer aksi cemerlang apabila belasah Negeri Sembilan 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Pemain import, Heberty Fernandes jaringkan dua gol manakala Arif Aiman dan Jorge Obregon masing-masing jaringkan satu gol.
Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan kekalkan rekod tanpa kalah dan mendahului saingan dengan kelebihan 11 mata mengatasi pencabar terdekat, Selangor.
__
Dalam satu lagi aksi, Terengganu catat kemanangan pertama dalam tujuh perlawanan selepas tundukkan Penang 1-0.
Kali terakhir skuad Penyu catat kemenangan dalam saingan liga adalah pada Ogos lalu ketika kalahkan KL City 2-0.
__
KL Thunder tewaskan Johor Tigris 2-0 untuk melengkapkan senarai pasukan yang mara ke separuh akhir STL GP Johor.
Tiga lagi pasukan yang turut mara ialah Selangor Pistons, Negeri Sembilan Antlers dan Perak Bison.
Ikuti aksi separuh akhir STL GP Johor secara langsung bermula 12 tengah hari di Astro saluran 801!
__
Pemain kebangsaan, Rachel Arnold dan Aira Azman cipta sensasi apabila berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka China di Shanghai.
__
Dan, Oscar Piastri catat masa terpantas pada aksi kelayakan perlumbaan pecut F1 GP Sao Paulo.
Rakan sepasukannya dari McLaren, Lando Norris pula raih petak kedua manakala pelumba Ferrari, Charles LeClerq duduki petak ketiga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi