← Back to list
Manchester United terus lakar kemenangan
Feb 02, 2026
Manchester United meneruskan rentak kemenangan di bawah bimbingan Michael Carrick.
Skuad The Red Devils kalahkan Fulham 3-2 dalam aksi EPL malam tadi, kemenangan ke-3 bersama pengendali berkenaan.
Ia sekali gus menyaksikan United mengukuhkan kedudukan di tangga ke-4 dengan 41 mata.
Perlawanan lain berkesudahan Manchester City kekal di tangga ke-2 selepas seri 2 sama dengan Tottenham.
Aston Villa yang berada di tempat ke-3 pula kalah 0-1 kepada Brentford dan Nottingham Forest seri 1-1 dengan Crystal Palace.
---
Terengganu berjaya mengikat Selangor 1 sama dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.
Tuan rumah terlebih dahulu buka jaringan menerusi Careca sebelum Faisal Halim selamatkan maruah The Red Giants, membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.
Manakala juara bertahan, JDT meneruskan rentak kemenangan apabila benam Imigresen FC 5-0.
Ketua jurulatihnya menyifatkan 2 gol awal pasukannya membuka ruang untuk mengawal tempo permainan selepas belasah Imigresen FC 5-0 dalam aksi Liga Super malam tadi.
Xisco Munoz turut puji prestasi Hector Alejandro yang dimasukkan sebagai pemain gantian dan menyifatkan pemain tengah itu faham sepenuhnya peranan taktikal yang diinginkan pasukan.
Fokus Harimau Selatan kini beralih pula kepada misi memburu 3 mata ketika menentang Nam Dinh dalam Kejuaraan Kelab ASEAN, Khamis ini.
Munoz juga telah menilai kekuatan lawan dan jangka cabaran sengit daripada barisan pemain Vietnam yang pantas serta berintensiti tinggi.
---
Carlos Alcaraz muncul juara Tennis Terbuka Australia setelah tewaskan legenda sukan itu, Novak Djokovic.
Ia juga menjadikan Alcaraz yang baru berusia 22 tahun sebagai pemain lelaki termuda melengkapkan semua gelaran Grand Slam.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi