← Back to list
Waspada Dengan Taktikal Nepal
Mar 23, 2025
Waspada Dengan Taktikal Nepal
Skuad Harimau Malaya perlu waspada dengan taktikal yang bakal dibawa Nepal pada aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia, Selasa nanti.
Pemain warisan, Nooa Laine berkata ia susulan kejayaan Nepal kejutkan Singapura 1-0 pada aksi persahabatan, baru-baru ini.
Jelas Laine, sesi latihan bersama skuad negara setakat ini berjalan lancar dan dia tekad berikan yang terbaik jika diturunkan dalam kesebelasan utama pada kejohanan itu nanti.
Lee Zii Jia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tarik diri BAC
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dilapor tarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia yang akan berlangsung di Ningbo, China bulan depan.
Terdahulu, Zii Jia turut tarik diri daripada Terbuka Switzerland yang sedang berlangsung ketika ini untuk fokus terhadap rawatan pemulihan bagi kecederaan buku lalinya.
Selain Zii Jia, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut dilapor tidak akan sertai Kejohanan Badminton Asia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi