← Back to list
ACL2 : Selangor Tewas 0-2 Kepada Persib Bandung
Oct 24, 2025
ACL2 : Selangor Tewas 0-2 Kepada Persib Bandung
Jurulatih sementara Selangor, Christophe Gamel optimis peluang masih terbuka buat mereka untuk mara lebih jauh dalam saingan ACL2.
Gamel akui kekalahan 0-2 kepada Persib Bandung semalam sukar diterima namun dia percaya barisan pemain mampu bangkit dalam baki 3 perlawanan peringkat kumpulan selepas ini.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Selangor pada kejohanan itu.
Nottingham Forest tundukkan Porto 2-0 pada aksi Liga Europa
Sean Dyche mulakan tugasnya selaku pengendali Nottingham Forest dengan kemenangan.
Ini selepas Forest tundukkan Porto 2-0 pada aksi Liga Europa.
Dalam satu lagi aksi, Aston Villa tewas mengejut 1-2 kepada Go Ahead Eagles sekaligus tamatkan rekod kemenangan 100 peratusnya pada kejohanan itu musim ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi