← Back to list
Melaka FC Dihimpit Isu Ketua Jurulatih
Dec 29, 2025
Melaka FC kini tiada pengendali!
Ini susulan pemangku jurulatih, S. Subramaniam umum letak jawatan selepas tewas 0-3 kepada Selangor pada aksi Liga Super malam tadi.
Subramaniam berkata keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan disebabkan perbezaan pendapat dengan pihak pengurusan.
Terdahulu, pihak pengurusan pasukan itu sahkan menerima surat peletakan jawatan daripada ketua jurulatih, Datuk K Devan.
Untuk rekod, Melaka FC kini duduki tangga kedua tercorot liga dengan 6 mata selepas 12 perlawanan musim ini.
.....
Dalam perkembangan lain, skuad bola sepak wanita Selangor tewaskan Sabah FA 1-0 pada aksi terakhir Liga Wanita Nasional 2025.
Ini sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah Sabah dalam kempen kejohanan itu lebur.
.....
Archie Gray muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk bantu Tottenham tewaskan Crystal Palace 1-0 pada aksi EPL.
Dalam satu lagi aksi, Sunderland seri 1 sama dengan Leeds.
.....
Akhir sekali, Inter kembali duduki tangga teratas Serie A selepas tewaskan Atalanta 1-0.
Gol kemenangan Inter dijaringkan oleh Lautaro Martinez pada babak kedua.
AC Milan benam Verona 3-0 untuk duduki tangga kedua – satu mata di belakang Inter.
Manakala Rasmus Hojlund jaringkan dua gol untuk bantu Napoli tewaskan Cremonese 2-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi