← Back to list
Gabriel Muncul Wira The Gunners
Sep 29, 2025
Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan Newcastle 2-1 pada aksi EPL.
Gabriel muncul wira apabila jaringan gol kemenangan The Gunners pada minit ke-6 waktu kecederaan.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini duduki tangga kedua liga dengan 13 mata, 2 mata di belakang pendahulu, Liverpool.
.....
Barcelona tewaskan Real Sociedad 2-1 pada aksi La Liga sekali gus naik ke tangga teratas dengan 19 mata.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Kuching City benam Imigresen FC 4-0 pada aksi Liga Super malam tadi.
.....
SPRM sahkan isu pemalsuan dokumen 7 pemain warisan Harimau Malaya baru-baru ini tidak membabitkan unsur rasuah.
Pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk pastikan proses permohonan kewarganegaraan pemain terbabit.
7 pemain itu digantung setahun oleh FIFA selepas FAM didapati serah dokumen palsu bagi membolehkan mereka beraksi pada kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam Jun lalu.
.....
Akhir sekali, jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly raih emas acara lompat jauh F20 Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025.
Abdul Latif melakukan lompatan sejauh 7.67 meter sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya yang dicipta pada Kejohanan Asia 2018.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi