Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita sukan

← Back to list

Olimpik Paris: Pemanah negara, Syaqiera Mashayikh rekod catatan peribadi terbaik

Jul 25, 2024


Pemanah negara, Syaqiera Mashayikh buka tirai Sukan Olimpik Paris 2024 dengan merekodkan catatan peribadi terbaik.  

Syaqiera menamatkan pusingan ranking acara recurve individu wanita di tangga ke-14 dengan mengumpul 663 mata. 

Keputusan itu jauh lebih baik daripada catatan 630 mata yang dilakukannya pada temasya di Tokyo pada 2021. 

Sementara itu, dua lagi pemanah, Ariana Nur Dania Zairi dan Nurul Azreena Fazil masing-masing di kedudukan ke-50 dan 60 daripada 64 peserta. 

__

Negeri Sembilan waspada dengan cabaran tuan rumah Sabah menjelang aksi pertembungan Liga Super malam ini. 

Kapten Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan berkata dia mahu skuad Sang Rusa tidak memandang rendah terhadap Sabah susulan prestasi hambar pasukan itu sebelum ini. 

Terdahulu, Sabah tewas di tangan JDT pada saingan Liga Super dan tewas kepada Terengganu ketika aksi suku akhir kedua Piala FA. 

Saksikan Sabah berdepan Negeri Sembilan secara langsung jam 8:15 malam ini di Astro saluran 803. 

__ 

Malaysia seri 1-1 dengan Thailand pada aksi terakhir Kumpulan C bola sepak Kejuaraan AFF Bawah 19 tahun di Indonesia. 

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido muncul juara kumpulan menerusi perbezaan jaringan dengan Thailand. 

Malaysia dijadual bertemu juara lima kali, Australia pada peringkat separuh akhir, Sabtu ini manakala Thailand menentang tuan rumah, Indonesia. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi
ads-with-us