← Back to list
Jangan pandang rendah kemampuan Nepal - Matt Davies
Mar 25, 2025
Aksi antara Malaysia dan Nepal pada Kelayakan Piala Asia 2027 malam ini dijangka sengit dan mencabar.
Justeru kapten Harimau Malaya, Matthew Davies ingatkan rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah kemampuan Nepal.
Ia susulan kejayaan mereka menundukkan Singapura 1-0 pada aksi persahabatan baru-baru ini.
Saksikan Malaysia lawan Nepal secara langsung di Astro Arena Bola, saluran 803 bermula 9 malam ini!
__
Pemain skuasy negara, Ng Eain Yow naik ke kedudukan ke-11 dalam ranking dunia terkini!
Persatuan Raket Skuasy berkata dia kini menyasarkan kejayaan lapan teratas menjelang akhir musim ini.
__
Dan, Manchester United dilapor akan melepaskan 10 pemain musim panas nanti.
Ia adalah usaha untuk memberi ruang kepada pemain yang lebih sesuai dengan sistem skuad baharu diterapkan pengendalinya, Ruben Amorim.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi