← Back to list
Tang Jie - Ee Wei Raih Gelaran Terbuka Australia
Nov 24, 2025
Chen Tang Jie - Toh Ee Wei muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia.
Ini selepas beregu campuran utama negara itu tewaskan pasangan dari Indonesia dengan straight set pada aksi final semalam.
Keputusan itu membolehkan Tang Jie dan Ee Wei raih gelaran kedua mereka musim ini.
.....
Beralih ke bola sepak, Sabah bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan Penang 3-2 pada aksi Liga Super semalam.
Daniel Ting muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk pastikan pasukannya raih kemenangan pertama mereka dalam saingan liga musim ini.
Dalam satu lagi aksi, Imigresen FC catat kemenangan kedua berturut-turut selepas belasah PDRM FC 5-0.
.....
Malaysia muncul juara keseluruhan Kejohanan Dodgeball Asia 2025 selepas kutip tiga emas, dua perak dan satu gangsa.
.....
Eberechi Eze menjaringkan hatrik untuk bantu Arsenal benam Tottenham 4-1 pada aksi EPL awal pagi tadi.
Kemenangan itu membolehkan The Gunners mengukuhkan kedudukan di puncak liga dengan kelebihan 6 mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea.
Dalam satu lagi aksi, Aston Villa tewaskan Leeds 2-1.
.....
Dan beralih ke F1, Max Verstappen menjuarai GP Las Vegas, George Russel di tempat kedua manakala Kimi Antonelli ketiga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi