← Back to list
Hakim Danish sahkan kemunculan sulung, wildcard ke GP Malaysia!
Sep 24, 2025
Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli disahkan bakal membuat penampilan sulung pada GP Malaysia 2025 menerusi tiket wildcard kelas Moto 3 bulan depan.
Pengumuman rasmi oleh Litar Antarabangsa Sepang itu menyaksikan bintang kelahiran Terengganu itu akan tampil beraksi pada perlumbaan yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini.
Dalam pada itu, anda boleh saksikan episod 1 siri perjalanan bintang kelahiran Terengganu itu dalam Hakim Danish: Jejak Sang Juara jam 8 malam ini di semua platform media sosial Litar Antarabangsa Sepang.
__
Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Korea.
Beregu campuran negara itu tundukkan pasangan Indonesia dengan straight set.
__
Sementara itu, Leong Jun Hao berjaya tembusi kelompok 20 terbaik dunia!
Pemain perseorangan nombor satu negara itu melonjak dua anak tangga untuk duduki ranking ke-20 berdasarkan kemaskini terbaru BWF.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi