← Back to list
Arne Slot ambil tanggungjawab penuh atas kekalahan
Nov 23, 2025
Pengurus Liverpool, Arne Slot mengambil tanggungjawab penuh di atas kekalahan 0-3 kepada Nottingham Forest di Anfield.
Keputusan itu menyaksikan juara bertahan tersebut tumbang buat kali ke-6 dalam 7 perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Slot mengakui taktikalnya gagal berfungsi apabila perancangan Forest yang bertahan secara kompak dan menyerang balas berjaya membuka kelemahan Liverpool di semua posisi.
Perlawanan lain berkesudahan Chelsea yang menghuni tangga ke-2 tumpaskan Burnley 2-0, Newcastle kalahkan Manchester City 2-1 dan Brighton tewaskan Brentford juga 2-1.
Sementara itu awal pagi esok pendahulu liga Arsenal akan berdepan Tottenham dan saksikannya secara langsung di Astro Premier League dan aplikasi Sooka.
---
Selangor FC raih 3 mata selepas tumpaskan Kelantan The Real Warriors 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Christophe Gamel melonjak ke tangga ke-4 liga.
Sementara itu Terengganu seri 1 sama dengan Negeri Sembilan dan Kuching City tewaskan Kelab Brunei DPMM FC 1-0
Awal malam ini pula tonton aksi Sabah FC berdepan Penang FC secara langsung di Astro Arena dan aplikasi Sooka bermula 7.30 malam.
---
Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya selangkah lagi untuk rangkul kejuaraan ke-2 mereka tahun ini.
Ini selepas pasangan itu mara ke final Badminton Terbuka Australia setelah tumpaskan duo Thailand.
Beregu nombor 4 dunia itu akan menentang pilihan ke-2 dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta.
Tonton secara langsung Kejohanan Badminton Terbuka Australia di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi