Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita sukan

← Back to list

FIB Akan Siasat KL City FC

Jul 21, 2024


First Istance Body (FIB) akan memulakan siasatan selepas lesen KL City FC dipersoalkan Pengarah KL United FC, Syed Yazid Syed Omar.  

Terdahulu, FIB memaklumkan Berita Harian, pihaknya beri lesen kepada kelab itu berdasarkan surat deklarasi pembayaran yang dikeluarkan KWSP.   

Baru-baru ini Syed Yazid dilapor mahu lihat sendiri dokumen diberikan KL City kepada FIB yang beri lesen kebangsaan kepada pasukan itu untuk beraksi di Liga Super musim ini.   

Ini kerana beliau hairan bagaimana pasukan itu dibenarkan bertanding meskipun alami isu tunggakan gaji dan tidak mencarum dengan KWSP sejak Februari 2023. 

---   

Pengendali Kedah FC anggap pasukannya tidak sepatutnya tewas 1-2 kepada JDT pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman kelmarin.  

Ujar Nafuzi Zain, mereka boleh raih keputusan seri kerana semua anak buahnya pamer corak permainan bertenaga namun puas hati dengan prestasi pemain.  

Kedah dan JDT akan beraksi pada separuh akhir ke-2 di Stadium Sultan Ibrahim, 3 Ogos nanti bagi menentukan pasukan yang bakal mara ke perlawanan akhir Piala FA. 

--- 

Muhammad Shah Firdaus Sahrom berikrar melakukan yang terbaik menjelang Sukan Olimpik Paris yang juga penampilan kedunya di temasya sukan terbesar dunia itu.  

Dia bersama 2 lagi pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri akan memulakan perlumbaan mereka pada 7 Ogos.   

---   

29 atlet sah akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris dari 28 Ogos hingga 8 September ini.   

Menurut Majlis Paralimpik Malaysia, ia adalah jumlah paling ramai paling ramai untuk kontinjen negara, dan untuk rekod 22 atlet para bertanding pada edisi 2020 di Tokyo sebelum ini.  

--- 

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memaklumkan sistemnya turut terjejas ekoran gangguan IT global, kelmarin. 

Namun pihaknya tetap memastikan persiapan untuk Sukan Olimpik Paris kekal berjalan lancar. 

--- 

Pendatang baru, Perak muncul juara edisi ke-3 Kejohanan Hoki 5 Sebelah Kebangsaan kategori lelaki.  

Ini selepas Perak tundukkan juara bertahan Pahang 4-1 dalam aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.  


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi
ads-with-us