← Back to list
Simbolik Malaysia Selaku Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Dec 20, 2025
10 bangunan ikonik di 4 negeri akan disinari warna Jalur Gemilang seawal 7 malam ini.
Kementerian Belia dan Sukan berkata ini simbolik upacara penyerahan bendera Persekutuan Sukan SEA kepada Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027.
Antara bangunan yang terlibat ialah termasuk KLCC, Jambatan Gantung Satok di Kuching, sekitar Iskandar Puteri di Johor dan KOMTAR di Pulau Pinang.
Stadium Nasional Bukit Jalil turut akan diwarnai dengan lampu merah, kuning, biru dan putih.
Sebagai makluman, upacara penutup Sukan SEA Thailand 2025 akan bermula 8 malam ini dan orang ramai boleh menyaksikan di saluran Astro ARENA.
Malaysia turut akan terlibat dengan persembahan penutup yang akan dijayakan oleh tiga artis tempatan iaitu Mimi Fly, Amir Jahari dan Marsha Milan.
.....
Sementara itu, kontinjen Malaysia berjaya raih 22 pingat pada hari ke-10 Sukan SEA Thailand 2025 semalam iaitu 10 emas, 8 perak dan 4 gangsa.
Ini menjadikan keseluruhan kutipan pingat negara ketika ini sebanyak 229, sekali gus pecahkan rekod jumlah kutipan pingat Sukan SEA di luar Kuala Lumpur.
Rekod terdahulu dicatatkan pada Sukan SEA Korat pada 2007 sebanyak 216 pingat.
Dalam pada itu, antara acara tumpuan pada hari terakhir sukan SEA hari ini ialah termasuk sepak takraw regu lelaki dan wanita.
Ikuti secara langsung liputan Sukan SEA Thailand di Astro saluran 801, 802 dan aplikasi Sooka!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi