← Back to list
Man U Tewaskan Liverpool Di Anfield
Oct 20, 2025
Hasrat Liverpool untuk raih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian.
Ini selepas Harry Maguire menjaringkan gol lewat untuk bantu Manchester United tewaskan skuad The Reds 2-1 pada aksi EPL.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut skuad kendalian Arne Slot itu dalam semua kejohanan musim ini.
Dalam satu lagi aksi, Aston Villa tewaskan Tottenham 2-1.
.....
Dalam perkembangan lain, Real Madrid kini duduki tangga teratas La Liga selepas tewaskan Getafe 1-0 menerusi jaringan tunggal Kylian Mbappe.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 23 Tahun Sukan SEA Thailand.
Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu dijangka berdepan laluan sukar apabila menentang Vietnam untuk layakkan diri ke separuh akhir.
Untuk rekod, hanya juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik yang akan mara.
.....
Akhir sekali, beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu – Noraqilah Maisarah Ramdan muncul naib juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi