← Back to list
Giorgio Pompili Rossi sah bukan lagi CEO MFL!
Feb 20, 2025
MFL umumkan Giorgio Pompili Rossi bukan lagi CEO badan induk itu berkuat kuasa serta merta.
Difahamkan, COO MFL, Shazli Shaik Mohd akan menerajui segala operasi badan induk itu buat masa sekarang.
Terdahulu, Rossi menjawat posisi tersebut menggantikan Datuk Stuart Ramalingam yang tamat kontrak Ogos lalu.
__
JDT melonjak ke tangga ketiga Zon Timur saingan ACL Elit!
Ini selepas Shandong Taishan menarik diri daripada saingan itu menyebabkan pungutan mata dan jaringan kelab China itu dibatalkan.
__
Dan, pengendali Manchester City, Pep Guardiola akui era kegemilangan kelab itu sudah berakhir.
Ini selepas City tewas 3-1 kepada Real Madrid pada aksi timbal balik playoff Liga Juara-Juara dengan agregat 6-3.
Guardiola berkata kini City perlu alih tumpuan kepada baki saingan EPL yang menyaksikan mereka kini duduki tangga keempat liga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi