Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita sukan

← Back to list

Sukan SEA: Malaysia capai lebih 50 pingat emas!

Dec 19, 2025


Kontinjen Malaysia tambah tujuh lagi pingat emas pada Sukan SEA Thailand hari ini! 

Dua pingat emas dihadiahkan oleh Sanjay Jeeva dan Noor Aina Amani menerusi acara perseorangan skuasy lelaki dan wanita. 

Kedua-dua mereka menewaskan rakan senegara pada final, menyaksikan kem skuasy turut meraih dua pingat perak. 

Skuad hoki negara turut membutirkan pingat emas menerusi acara hoki padang lelaki dan wanita. 

Malaysia turut menggungguli acara bowling empat sepasukan wanita, terjun 10 meter platform seirama wanita dan menembak 50 meter rifle 3 posisi lelaki. 

Dengan penambahan itu, Malaysia melonjak ke tangga keempat mengatasi Singapura dengan 52 emas, 51 perak dan 110 gangsa. 

__

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari lahirkan ucapan tahniah kepada seluruh kontinjen negara susulan kejayaan melepasi sasaran 50 pingat emas Sukan SEA. 

Pencapaian membanggakan itu disahkan menerusi kejayaan Haritz Ikil Hessly Hafiz yang menyumbang pingat emas ke-50 negara dalam acara menembak 3 posisi lelaki.

__

Dan, Pearly Tan-M Thinaah tempah tiket ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF buat kali pertama! 

Beregu wanita utama negara itu muncul juara Kumpulan A biarpun tewas pada aksi terakhir kumpulan di tangan gandingan Jepun.

Turut mara, beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selaku naib juara Kumpulan B. 

Manakala, satu lagi beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai tersingkir selepas tewas dalam tiga perlawanan peringkat Kumpulan B. 

Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan meneruskan cabaran hari ini. 

Saksikan Jelajah Dunia Akhir BWF secara langsung di Astro, saluran 815, 816 dan aplikasi Sooka.  


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi
ads-with-us ads-with-us ads-with-us