← Back to list
Harimau Malaya Tutup Tirai 2025 Dengan Kemenangan
Nov 19, 2025
Malaysia tundukkan Nepal 1-0 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 malam tadi.
Faisal Halim muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk pastikan skuad Harimau Malaya raih 3 mata penuh di laman sendiri.
Ini merupakan kemenangan ke-5 berturut-turut Malaysia pada kempen kelayakan itu sekali gus berada di tangga teratas Kumpulan F dengan mengumpul 15 mata.
Anak buah Peter Cklamovski itu seterusnya akan membuat perhitungan dengan Vietnam pada aksi terakhir kumpulan pada Mac tahun depan.
.....
9 wakil negara akan beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Australia hari ini.
Ini termasuk beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei yang akan berdepan rakan senegara, Wong Tien Ci – Lim Chiew Sien.
Semalam, 3 beregu lelaki termasuk Goh Sze Fei – Nur Izzuddin sudah layakkan diri ke pusingan kedua.
.....
Akhir sekali, Scotland sah layakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 28 tahun selepas benam Denmark 4-2 pada aksi kelayakan awal pagi tadi.
Aksi lain berkesudahan,
Sepanyol sahkan kelayakan automatik ke Piala Dunia 2026 selepas seri 2-2 dengan Turkiye,
Switzerland juga berjaya ke kejohanan tersebut meskipun seri 1-1 dengan Kosovo,
Belgium layakkan diri ke Piala Dunia 2026 selepas belasah Liechtenstein (lish-ten-stein) 7-0,
Manakala Austria akan membuat penampilan Piala Dunia pertama mereka sejak 1998 selepas seri 1-1 dengan Bosnia-Herzegovina.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi