← Back to list
Badminton Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin ke Final!
Jan 19, 2025
Beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani jadi wakil tunggal negara mara ke final pada Kejohanan Badminton Terbuka India.
Ini selepas pasangan nombor 2 dunia itu tundukkan wakil tuan rumah dengan straight set pada aksi separuh akhir.
Namun beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah kempunan untuk ke final.
Saksikan aksi Badminton Terbuka India secara langsung di Astro saluran 815 bermula 2.30 petang nanti.
---
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui The Gunners sedang bergelut menangani krisis kecederaan.
Ujar beliau, tidak seperti pendahulu semasa EPL Liverpool, pasukannya tidak mempunyai pengganti berkualiti apabila pemain utama diketepikan.
Beliau berkata demikian selepas seri 2-2 dengan Aston Villa.
Keputusan itu bermakna mereka kini ketinggalan 6 mata di belakang Liverpool, yang masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Ini selepas Liverpool raih kemenangan 2-0 ke atas Brentford awal pagi tadi.
Kedua-dua gol hasil jaringan Darwin Nunez semasa waktu kecederaan.
---
Sabah FC gagal raih bekalan selesa menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia apabila seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Likas, malam tadi.
---
PDRM FC mensia-siakan peluang raih slot awal ke final Piala Cabaran apabila terikat 3 sama dengan Kedah dalam aksi separuh akhir pertama di Selayang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi