← Back to list
FAM bawa kes babitkan 7 pemain warisan ke CAS
Nov 18, 2025
FAM akan memulakan proses untuk membawa kes membabitkan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.
Ia selepas FIFA mengeluarkan laporan penuh keputusan Jawatankuasa Rayuan yang menolak rayuan daripada FAM dan tujuh pemain terbabit.
Ia menyaksikan FAM kekal dikenakan denda kira-kira RM1.9 juta, manakala tujuh pemain berkenaan didenda RM10,000 serta digantung selama setahun.
__
Sementara itu, kapten Harimau Malaya, Dion Cools menegaskan sepasukannya tekad meneruskan misi rekod tanpa kalah pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal, malam ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski itu kini menghuni tangga teratas Kumpulan F selepas catat kemenangan bersih dalam empat perlawanan.
Malaysia dijadual berdepan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dan anda boleh saksikan perlawanan itu secara langsung bermula 8 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal mengesahkan slot ke pusingan kedua badminton Terbuka Australia.
Beregu lelaki negara itu tewaskan gandingan Chinese Taipei dengan straight set.
Turut mara, dua lagi beregu lelaki iaitu gandingan pilihan nombor 2 kejohanan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Namun nasib tidak menyebelahi satu lagi beregu lelaki, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong apabila kandas seawal pusingan pertama.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi