← Back to list
Jerman Sahkan Tempat Ke Piala Dunia 2026
Nov 18, 2025
Jerman sah layakkan diri ke Piala Dunia 2026.
Ini selepas mereka belasah Slovakia 6-0 pada aksi kelayakan awal pagi tadi.
Slovakia pula perlu harungi aksi playoff untuk layakkan diri ke Piala Dunia 2026.
Sementara itu, Belanda turut layakkan diri ke kejohanan itu selepas benam Lithuania 4-0.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, kapten Harimau Malaya ingatkan rakan sepasukan untuk lebih fokus pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal malam ini.
Dion Cools tegaskan Malaysia perlu berwaspada dengan pihak lawan dan pamer aksi cemerlang untuk pastikan momentum kemenangan dapat diteruskan.
Untuk rekod, skuad kendalian Peter Cklamovski itu kini duduki tangga teratas Kumpulan F selepas catat kemenangan 100 peratus dalam 4 perlawanan.
Ikuti secara langsung Malaysia berdepan Nepal bermula 8 malam ini di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
.....
5 beregu lelaki negara akan beraksi pada Terbuka Australia yang membuka tirainya hari ini.
Ini termasuk Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dan Man Wei Chong – Tee Kai Wun dengan masing-masing dijadual berdepan wakil Chinese Taipei.
.....
Akhir sekali, dua pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dan Justin Hoh sah tarik diri daripada Terbuka Australia.
Pihaknya berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan kedua-dua pemain terbabit lebih fokus melakukan persiapan menjelang Sukan SEA Thailand.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi