← Back to list
Sukan SEA: Thor Chuan Leong pertahan gelaran, hadiahkan emas ke-10
Dec 13, 2025
Misi memburu pingat emas pada Sukan SEA Thailand diteruskan hari ini.
Antaranya ialah skuad menembak wanita negara yang akan beraksi dalam acara 10 meter air rifle.
Sementara itu, tujuh wakil badminton negara termasuk Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan beraksi pada separuh akhir.
Acara lain yang turut berlangsung termasuk angkat berat, tenis dan renang.
Semalam, Thor Chuan Leong hadiahkan pingat emas ke-10 dalam acara 6-Red, perseorangan snuker lelaki.
Kontinjen Malaysia turut raih 13 pingat perak dan 33 gangsa untuk berada di tangga kelima dalam carta kutipan pingat.
__
Dalam perkembangan lain, skuad bawah 23 tahun negara layak ke separuh akhir Sukan SEA selaku naib juara kumpulan terbaik.
Skuad Harimau Muda ketepikan Indonesia hanya dengan kelebihan satu jaringan selepas Indonesia tewaskan Myanmar 3-1 pada aksi terakhir kumpulan, malam tadi.
Skuad negara akan berdepan tuan rumah, Thailand pada separuh akhir Isnin ini.
Saksikan secara langsung liputan Sukan SEA Thailand di Astro saluran 801 dan 802 serta aplikasi Sooka!
__
Dan, operasi Stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam esok sempena Perlawanan Akhir Piala FA antara JDT dan Sabah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi