← Back to list
Sukan SEA: Skuad badminton negara tekad akhiri penantian 2 dekad pingat emas
Dec 10, 2025
Misi Malaysia menyambar pingat emas pertama pada Sukan SEA Thailand diteruskan hari ini!
Peluang itu dilihat terbentang luas apabila skuad badminton negara melangkah ke perlawanan akhir berpasukan lelaki berdepan musuh tradisi Indonesia hari ini.
Beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan kelima dunia Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi sandaran negara bagi meraih dua mata penting.
Saksikan Sukan SEA 2025 secara langsung bermula 9:30 pagi ini di Astro saluran 801 dan aplikasi Sooka!
__
Pengendali JDT tetap optimis biarpun anak buahnya sekadar catat keputusan seri tanpa jaringan berdepan Shanghai Port FC pada aksi ACL Elit Zon Timur, malam tadi.
Xisco Munoz tuntut skuad Harimau Selatan melupakan kekalahan itu dan alihkan tumpuan kepada perlawanan akan datang.
__
Dan, Dominik Szoboszlai muncul wira apabila jaringkan gol tunggal menerusi sepakan penalti untuk bantu Liverpool tewaskan Inter Milan 1-0 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Antara keputusan lain, Chelsea tewas kepada Atalanta 1-2.
Tottenham benam Slavia Prague 3-0
Barcelona tewaskan Eintracht Frankfurt 2-1.
Dan, Bayern Munich menang ke atas Sporting Lisbon 3-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi