← Back to list
Isu pemalsuan dokumen: Beri ruang kepada FAM selesaikan - Hannah
Oct 08, 2025
Menteri Belia dan Sukan meminta semua pihak supaya beri ruang kepada FAM menyelesaikan proses rayuan kepada FIFA berhubung hukuman ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Hannah Yeoh menegaskan proses rayuan yang sedang dijalankan FAM perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi memastikan setiap tindakan berpaksikan prosedur dan maklumat lengkap.
__
Iker Undabarrena sah meninggalkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, JDT.
Difahamkan kontrak Undabarrena bersama skuad Harimau Selatan bakal tamat pada tahun depan namun dilihat mengambil keputusan menamatkan kontrak lebih awal.
Secara keseluruhan, bekas tonggak Athletic Bilbao itu telah membuat 19 penampilan bersama JDT.
__
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Artik selepas tundukkan gandingan Denmark dengan straight set.
__
Dan, Siti Zalina Ahmad menjadi satu-satunya wakil Malaysia tersenarai dalam World Bowls Hall of Fame yang pertama.
Atlet boling padang negara itu meraih pencapaian membanggakan termasuk tiga pingat emas pada Sukan Komanwel serta pingat gangsa pada kejohanan dunia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi