← Back to list
Azri Ghani Dan Haziq Nadzli Diketepikan
Oct 06, 2025
Harimau Malaya hilang khidmat 2 pemain untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos Khamis ini.
Ini selepas dua penjaga gol, Azri Ghani dan Haziq Nadzli digugurkan dari skuad negara susulan masalah kesihatan.
Menurut facebook rasmi skuad kebangsaan, Malaysia NT, Sikh Izhan Nazrel dan Suhaimi Husin akan mengisi dua kekosongan itu.
Sebelum ini skuad bimbingan Peter Cklamovsk itu kehilangan khidmat 7 pemain warisan termasuk Jon Irazabal dan Hector Hevel susulan digantung setahun oleh FIFA.
.....
Sementara itu, pemain naturalisasi baharu, Jordan Mintah bersedia galas peranan sebagai penyerang Harimau Malaya.
Pemain berusia 30 tahun itu berkata dia dan pasukan akan bekerja keras untuk beri persembahan yang terbaik.
Untuk rekod, Mintah antara tiga muka baharu yang dipanggil sertai skuad Harimau Malaya untuk aksi menentang Laos nanti.
.....
Akhir sekali, ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz akui kemenangan 7-0 ke atas PDRM pada aksi Liga Super malam tadi tidak mudah.
Pengendali berusia 45 tahun itu anggap PDRM beri tentangan sengit kepada pasukannya terutama pada awal permainan.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan JDT mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan 21 mata selepas tujuh perlawanan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi