← Back to list
Penentuan Juara Kumpulan BATC26: Malaysia Tewas Tipis Kepada Indonesia
Feb 06, 2026
Hasrat skuad badminton lelaki negara untuk raih gelaran juara kumpulan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia tidak kesampaian.
Ini selepas mereka tewas tipis 2-3 kepada Indonesia pada aksi terakhir kumpulan D semalam.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia mara ke suku akhir selaku naib juara dan akan berdepan juara Kumpulan C, Jepun hari ini.
Sementara itu skuad badminton wanita negara pula akan berdepan Korea Selatan juga pada peringkat suku akhir.
.....
JDT bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 dengan kelab Vietnam, Nam Dinh pada aksi terakhir kumpulan Kejuaraan Kelab ASEAN malam tadi.
Bergson da Silva muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-87 perlawanan.
Ini menyaksikan JDT mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B manakala Nam Dinh mara dengan gelaran juara kumpulan.
JDT akan berdepan kelab Thailand, Buriram manakala Nam Dinh akan bertemu Selangor.
.....
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah dinobat sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik pada Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia semalam.
.....
Atletico Madrid mara ke separuh akhir Copa Del Rey selepas belasah Real Betis 5-0.
.....
Dan, Juventus tersingkir pada peringkat suku akhir Copa Italia selepas tewas 0-3 kepada Atalanta.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi