← Back to list
KBS beri laluan penganjur letak syarat pemakaian atlet wanita
Dec 05, 2024
Kementerian Belia dan Sukan beri laluan kepada penganjur sukan untuk letak syarat pemakaian atlet wanita yang bersesuaian.
Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata KBS sememangnya membenarkan peletakan syarat berkenaan terutama penganjuran acara sukan itu dibuat di peringkat negeri.
Beliau berkata demikian menjawab soalan sama ada kerajaan bercadang meletakkan garis panduan berpakaian khususnya kepada atlet-atlet wanita Muslimah.
__
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente akan meletakkan jawatannya sejurus selesai kempen Piala ASEAN, bulan depan.
Keputusan itu dibuat susulan FAM akan membuat penstrukturan semula Pengurusan Pasukan Kebangsaan untuk kempen tahun depan.
__
Atlet trek paralimpik negara, Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin dijangka menamatkan 2024 dengan berada di tangga teratas ranking dunia acara trek.
Ini selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa mengeluarkan kedudukan terkini dengan Yusof berjaya mengumpul sebanyak 640 mata.
__
Dan, Vamos muncul pasukan pertama negara berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati Kejohanan Dunia Mobile Legend Bang Bang di Putrajaya sebentar tadi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi