← Back to list
EPL: Liverpool kehilangan khidmat Alisson sehingga selepas rehat antarabangsa
Oct 04, 2025
Liverpool kehilangan khidmat penjaga gol, Alisson Becker pada aksi EPL berdepan Chelsea, tengah malam ini.
Alisson terpaksa berehat panjang selepas alami kecederaan ketika aksi kekalahan 0-1 The Reds kepada Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
Sementara itu, penyerang Hugo Ekitike yang turut dikeluarkan akibat kecederaan pada aksi itu akan dinilai selepas sesi latihan terakhir.
Ikuti aksi antara Chelsea dan Liverpool secara langsung bermula 12:30 tengah malam ini di Astro, saluran 811 dan aplikasi Sooka!
__
Negeri Sembilan mahu kekalkan rentak kemenangan apabila berdepan Penang pada aksi Liga Super, petang ini.
Namun tonggak pertahanan tengah skuad Jang, Zainal Abidin Jamil tuntut rakan sepasukannya waspada dan tidak ambil mudah dengan cabaran Penang.
Untuk rekod, Negeri Sembilan kini menghuni tangga kelima liga manakala Penang berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang kemenangan.
Saksikan Penang lawan Negeri Sembilan secara langsung bermula 5 petang ini di Astro, saluran 146 dan aplikasi Sooka!
__
Dan aksi Liga Super berkesudahan, tuan rumah, Terengganu benam Kelantan The Real Warriors 4-1, malam tadi.
Diego Landis dan Nurillo Tukhtasinov masing-masing jaringkan gol sebelum Yan Mabella hadiahkan 2 gol untuk memastikan kemenangan skuad Penyu.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Badrul Afzan Razali kekal di tangga ketiga liga dengan 13 mata selepas tujuh perlawanan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi