← Back to list
FIFA tidak akan gantung Israel daripada kejohanan antarabangsa
Oct 03, 2025
Presiden FIFA enggan menggantung Israel daripada kejohanan antarabangsa, biarpun tekanan semakin memuncak susulan konflik di Palestin.
Menurutnya, FIFA tiada kuasa untuk campur tangan kerana badan induk itu adalah organisasi yang bertanggungjawab ke atas sukan bola sepak sahaja.
Untuk rekod, FIFA menggantung Rusia susulan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine pada 2022.
__
Tiga pemain dipanggil untuk perkuat skuad Harimau Malaya menjelang dua aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos, bulan ini.
Pemain naturalisasi baharu, Jordan Mintah, Declan Lambert dan Muhammad Ramadhan Saifullah menjadi antara muka baharu yang disenaraikan.
Ia menyaksikan Harimau Malaya sah terlepas khidmat tujuh pemain warisan ekoran hukuman yang dikenakan oleh FIFA.
__
Dan, bintang JDT, Bergson da Silva menyifatkan pengiktirafan selaku penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman merupakan satu penghormatan besar dalam kariernya.
Bergson menjaringkan 109 gol sekaligus memadam rekod dimiliki Indra Putra Mahayuddin yang merekod 106 gol.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi