← Back to list
Komitmen luar biasa - Fandi Ahmad
Feb 03, 2025
Pengendali Sri Pahang kagum apabila skuad Tok Gajah berjaya menempah tiket ke final Piala Malaysia!
Fandi Ahmad berkata anak buahnya sudah pamer aksi luar biasa untuk memastikan misi ke final menjadi kenyataan.
Untuk rekod, Sri Pahang menang 3-2 secara agregat ke atas Sabah.
Kemenangan itu menamatkan penantian 11 tahun Sri Pahang untuk mara ke final Piala Malaysia.
__
Sementara itu, pengendali Sabah ucap tahniah atas kejayaan tuan rumah walaupun mengakui ia situasi yang bukan mudah untuk diterima buat Sabah.
Namun Martin Stano optimis anak buahnya mampu melakar sesuatu musim ini termasuk berada di tangga ketiga Liga Super.
__
Dan, Chelsea buru tiga mata untuk kembali ke kedudukan empat teratas EPL apabila berdepan West Ham, awal pagi esok.
The Blues kini di tangga ke-6 liga, hanya satu mata di belakang Manchester City yang berada di kedudukan keempat.
Ikuti aksi antara Chelsea dan West Ham secara langsung di Astro, saluran 811 bermula 4 pagi nanti!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi