← Back to list
La Liga: Real Madrid tekad rapatkan kedudukan dengan Barcelona!
Mar 02, 2026
Real Madrid buru tiga mata penuh berdepan Getafe pada aksi La Liga bagi merapatkan kedudukan di puncak liga.
Untuk rekod, Real kini berada empat mata dibelakang pendahulu Barcelona.
Ikuti aksi antara Real dan Getafe secara langsung jam 4 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka!
__
Kesemua wakil Malaysia tiba di Birmingham dengan selamat bagi hadapi kejohanan badminton Seluruh England yang bakal membuka tirai esok.
Setiausaha Agung BAM berkata pihaknya pantau rapi situasi ketegangan dan serangan terbaharu melibatkan Iran dan Israel.
Tambah Datuk Kenny Goh, badan induk itu juga bersiap sedia atur semula jadual perjalanan pulang kesemua atlet.
__
Dan, Herry Iman Pierngadi tuntut Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit bagi menyempurnakan misi merebut gelaran juara pada kejohanan Seluruh England, esok.
Ketua jurulatih beregu lelaki negara itu berkata ia bagi menebus kekecewaan apabila gandingan nombor dua dunia tewas seawal pusingan kedua pada Terbuka Jerman, baru-baru ini.
Untuk rekod, juara dunia 2022 itu pernah dua kali muncul naib juara Seluruh England pada 2019 dan 2024.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi