Pihak Singapore Night Safari mengesahkan sebanyak empat ekor singa disahkan positif COVID-19 pada Selasa.
Ujian tindak balas berantai polimerase untuk virus Sars-CoV-2 ke atas sampel singa berkenaan telah dilakukan AVS, agensi di bawah Lembaga Taman Negara dan keputusan mendapati keempat-empatnya positif virus itu.
Seekor singa Afrika di Zoo Singapura juga telah menunjukkan simptom yang sama pada 8 Nov dan sampelnya juga sedang diuji.
Menurut laporan itu juga haiwan tersebut mungkin dijangkiti virus daripada kakitangan Mandai Wildlife Group yang menguruskan operasi taman berkenaan yang positif COVID-19.
Susulan itu, Mandai Wildlife Group diarahkan supaya mengasingkan kesemua sembilan singa Asia dan lima singa Afrika di kandang masing-masing.
Ia juga termasuk empat singa Asia dan seekor singa Afrika yang bergejala di zoo tersebut.
Kesihatan singa berkenaan dipantau dari semasa ke semasa dan akan turut melakukan ujian ke atas sampel singa yang lain.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.