Suntikan vaksin COVID-19 diberikan kepada semua haiwan di Zoo Oakland, California, Amerika Syarikat dalam usaha mengekang jangkitan wabak maut ini.
Vaksin eksperimen digunakan untuk pemberian suntikan kepada harimau, beruang, dan musang.
Ginger dan Molly, dua harimau dan haiwan pertama di zoo tersebut telah mendapatkan vaksin yang disumbang dan dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal vaterinar Zoetis di New Jersey.
Menurut Naib Presiden Perkhidmatan Vaterinar di Zoo itu, Alex Herman memaklumkan kes membabitkan haiwan di zoo berkenaan tetapi mereka mahu mengambil langkah berjaga-jaga.
Antara haiwan pertama menerima vaksin adalah harimau, beruang, singa gunung dan musang manakala babi dan monyet akan menyusul.
Tambahnya, kesemua kakitangan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dan zoo memasang penghadang untuk penjarakan fizikal bagi mengelakkan risiko dijangkiti.
Tindakan ini dilakukan susulan Zoo San Diego yang menginokulasi spesis monyet pada Januari setelah penularan wabak COVID-19 dalam kalangan spesis gorila di Taman Safari.
Kes positif disahkan telah menjangkiti gorila, harimau dan singa di zoo tersebut termasuk kucing dan anjing peliharaan ketika itu.
Sumber: ABC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.