Zirafah putih terakhir di dunia telah dilengkapi dengan alat pengesan GPS, bertujuan melindunginya dari pemburu haram.
Laporan mengatakan haiwan terancam dari Kenya itu adalah satu-satunya spesis betina dimana anaknya telah dibunuh oleh pemburu haram pada bulan Mac. Spesis jantan zirafah putih ini juga telah dibunuh secara tragis.
Bagi mengawasi pergerakan zirafah putih ini, alat penjejak GPS telah dipasang pada salah satu tanduk haiwan itu oleh renjer.
Ia akan berfungsi dengan menghantar isyarat ping setiap jam untuk memberi tahu tentang lokasi haiwan berkenaan.
Mohammed Ahmednoor, pengurus Konservasi Komuniti Ishaqbini Hirola dari Kenya, mengatakan: "Pembunuhan haiwan ini merupakan tamparan hebat bagi langkah yang perlu diambil oleh masyarakat untuk memelihara spesies unik ini, dan masyarakat perlu sama-sama memberi sokongan berterusan terhadap usaha pemuliharaan.
"Ini adalah satu kerugian jangka panjang kerana spesis haiwan ini boleh membantu dalam kajian dan penyelidikan genetik.
"Lebih jauh dari ini, zirafah putih menjadi tarikan besar untuk industri pelancongan di daerah itu."
Warna putih yang menjadikan zirafah ini sangat unik adalah sifat genetik yang dikenali sebagai leucism.
Ia berbeza dengan albino yang terjadi disebabkan oleh pengurangan pelbagai jenis pigmen, bukan hanya melanin.
Warna yang unik menjadikan haiwan tersebut sasaran bagi pemburu haram yang berdekatan dengan sempadan Somalia. Haiwan ini diburu untuk daging dan kulit mereka.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.