‘Work From Home’ atau ‘Bekerja dari rumah’ bukanlah suatu terma yang baharu bagi sebilangan pekerja.
Sejak daripada dahulu lagi sudah terdapat syarikat swasta mahupun kerajaan yang melaksanakannya.
Tidak dinafikan, pelaksanaan PKP menjadikan WFH atau ‘Bekerja Dari Rumah’ satu amalan norma baharu bagi sesetengah pekerja.
‘Bekerja dari rumah’ memerlukan pekerja mengubah gaya baharu bekerja sesuai dengan tujuan menyelesaikan tugas seperti yang diminta oleh majikan.
Antara kelebihan ‘Bekerja Dari Rumah’ (BDR) yang boleh dijadikan manfaat adalah;
1. Tidak mengikat pekerja dengan masa bekerja (waktu pejabat) dan ia memberi kebebasan kepada pekerja untuk mengatur jadual pekerjaan masing-masing.
2. Selari dengan perkembangan teknologi komunikasi, BDR membawa impak yang baik terhadap industri dan perniagaan.
3. Tawar mod pekerjaan yang lebih efisyen dengan ciri-ciri masa yang fleksibel.
Ada sesetengah pihak mengatakan BDR membawa kesan buruk kepada ekonomi sesebuah negara kerana ketidakhadiran pekerja dan menjadikan pekerja tidak produktif kepada masa bekerja secara optimum.
Namun, ia merupakan amalan norma baharu yang perlu diterapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sumber: tzkrh
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.