Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan akan menamakan semula nama saintifik bagi varian COVID-19 dengan huruf Greek.
Tindakan itu bertujuan bagi memudahkan sebutan dan mengelakkan stigma masyarakat terhadap nama-nama yang diberi sebelum ini terhadap stigma penduduk negara terbabit.
Tambahnya, setelah berbincang WHO menggunakan kaedah ini dan ia tetap akan digunakan saintis dalam penyelidikan mereka.
Berikut adalah nama saintifik yang dinamakan semula WHO bagi varian baru COVID-19;
#1 - Varian UK sebagai Alpha
#2 - Varian Afrika Selatan sebagai Beta
#3 - Varian India sebagai Delta
#4 - Varian Filipina sebagai Theta
#5 - Varian Nigeria sebagai Eta
Rujuk senarai di bawah;
WHO juga menyeru kerajaan, media dan masyarakat untuk menggunakan sistem baharu ini dalam komunikasi mereka.
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.