Pada 24 Februari lalu, genap 10 tahun WhatsApp berkhidmat untuk semua.
Rasanya hampir semua orang mempunyai aplikasi WhatsApp bagi tujuan memudahkan komunikasi diantara kita dengan seseorang, sama ada secara terus, mahupun secara berkumpulan (group).
Berikut adalah 10 perkara menarik tentang aplikasi WhatsApp:
#1 – Mula dilancarkan pada peranti Android dan iPhone pada 24 Februari 2009.
#2 – Pada Disember 2009, WhatsApp membenarkan perkongsian foto dan video kepada kenalan.
#3 – Jun 2010, aplikasi ini memperkenalkan fungsi perkongsian lokasi bagi memudahkan kita tahu lokasi kenalan dengan mudah.
#4 – Pada Februari 2011, WhatsApp memperkenalkan chat secara berkumpulan pada kedua-dua jenis sistem operasi.
#5 – Sebanyak 1 billion mesej telah dihantar dalam masa sehari sehingga bulan Oktober 2011.
#6 – Buat pertama kalinya WhatsApp memperkenalkan mesej bersuara (voice messages) pada Ogos 2013.
#7 – Sehingga April 2014, WhatsApp mencatatkan sebanyak 500 juta pengguna seluruh dunia.
#8 – Pada Oktober 2014, WhatsApp menyertai Facebook bagi menguatkan lagi pasaran mereka.
#9 – Fungsi ‘blue tick’, 'double tick', 'single tick' dan ‘grey tick’ diperkenalkan bagi menunjukkan sama ada penerima sudah membaca mesej mahupun sebaliknya.
#10 – WhatsApp memperkenalkan WhatsApp Web pada Januari 2015.
#11 – Sehingga Februari 2016, WhatsApp sudah mencatatkan sehingga 1 billion pengguna setiap bulan.
#12 – April 2016, fungsi End-to end encryption diperkenalkan bagi meningkatkan fungsi keselamatan.
#13 – Aplikasi WhatsApp pada pengguna desktop diperkenalkan pada Mei 2016.
#14 – Fungsi panggilan video diperkenalkan pada November 2016.
#15 – Sehingga Februari 2017, fungsi ‘Status’ pada WhatsApp pula diperkenalkan bagi pengguna berkongsi gambar atau video untuk kenalan selama 24 jam.
#16 – Sebanyak 1 billion pengguna direkodkan setiap hari sehingga Julai 2017.
#17 – Fungsi panggilan secara berkumpulan telah diperkenalkan pada Julai 2018.
#18 – WhatsApp memperkenalkan fungsi Sticker bagi pengguna berkongsi gambar emoji menarik pada penerima bermula Oktober 2018.
#19 – Sehingga 2018, sebanyak 1.5 billion pengguna dicatatkan setiap bulan bagi aplikasi WhatsApp Business.
#20 – Februari 2019, WhatsApp sudah berusia 10 tahun!
Sumber: WhatsApp
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.