Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Tokyo 2020: Dua Orang Warga Jepun Pegang Sepanduk Beri Kata-Kata Semangat, Wendy Ng Yan Yee Hargai Usaha Mereka

Dua Orang Warga Jepun dilihat memegang sepanduk dengan kata-kata semangat di Perkampungan Olimpik Tokyo 2020.
Muhammad Izwan Zainal
02 Aug 2021, 05:33 PM

Dua orang rakyat Jepun menarik perhatian warganet apabila memegang sepanduk dengan kata-kata semangat untuk atlet yang bertanding di Olimpik Tokyo 2020.

Atlet terjun negara, Wendy Ng Yan Yee berkongsi video mereka menyantuni atlet sambil memegang sepanduk itu.

tokyo 2020: dua orang warga jepun pegang sepanduk beri kata-kata semangat, wendy ng yan yee hargai usaha mereka

Kata-kata penuh semangat diberikan mereka berdua dengan tulisan sendiri di sepanduk tersebut.

“Walaupun anda tidak memenangi sebarang pingat, tak mengapa anda masih terbaik, teruskan percaya pada diri sendiri. Anda boleh lakukannya,” tulisnya di atas sepanduk itu.

tokyo 2020: dua orang warga jepun pegang sepanduk beri kata-kata semangat, wendy ng yan yee hargai usaha mereka

Wendy Ng sangat bersyukur dan berterima kasih akan usaha kecil mereka bagi melemparkan senyuman dan semangat buat para atlet di Tokyo 2020.

“Terima kasih Uncle dan Auntie,” tulis Wendy Ng di IG Story.

Pandemik COVID-19 banyak memberikan cabaran yang sukar buat atlet seluruh dunia untuk bertanding di temasya sukan terbesar dunia ini.

Sumbangan dan niat murni mereka berdua ini boleh dijadikan teladan bagi membangkitkan semangat untuk tidak mengaku kalah dan sentiasa mempercayai kemampuan masing-masing.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}