Sebuah ‘majlis kenduri kahwin’ menjadi perhatian di laman media sosial apabila melihat suasana meriah dengan ramai tetamu yang hadir.
Seorang pengguna TikTok @azmhni.ps berkongsi video tersebut dan tular di platform media sosial berkenaan.
Namun, ‘majlis kenduri kahwin’ berkenaan bukanlah majlis perkahwinan yang sebenar tetapi ia merupakan sebuah kedai makan yang menjual makanan yang dihidangkan ketika majlis perkahwinan.
Juadah makanan seperti nasi minyak, ayam masak merah, sayur acar, minuman kordial dan bubur manis antara makanan yang dijual di kedai itu.
Malah, pemilik kedai berkenaan juga menggunakan konsep itu dengan memasang khemah, hiasan kain berwarna dan lagu-lagu perkahwinan dimainkan bagi memenuhi suasana seakan berada di kenduri kahwin.
Warung terletak di Jalan Kempas, Bukit Kapar, Klang ini sentiasa dipenuhi ramai pelanggannya dan semua berpuas hati dengan makanan dan layanan yang diberikan.
Setakat ini, video tersebut mendapat 322,000 ribu tontonan, 30,000 ribu tanda suka di lama media sosial TikTok miliknya.
Rata-rata warganet kagum dan teruja untuk mengunjungi warung berkenaan serta merasai sendiri juadah dan suasana di situ.
“Bila makan sini jangan lupa bayar pula, nanti minta doof gift pula kan,” komen seorang warganet.
Sumber: TikTok @azmhni.ps
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.