Buat peminat nasi kerabu, warna biru pada nasi adalah satu kemestian dan ia menggunakan bunga telang sebagai pewarna.
Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea). Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang dan ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit.
Antara khasiat bunga telang ialah:
#1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
#2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.
#3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
#4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
#5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
#6 – Anti-penuaan
#7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
Sumber: Hello Doktor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.