Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Waris Penulis Artikel Asal 'Top Gun' Tak Puas Hati, Bertindak Failkan Saman Terhadap Paramount Pictures

Waris tuntut hak, saman pihak Paramount Pictures!
Muhammad Izwan Zainal
08 Jun 2022, 04:10 PM

Baru-baru ini, balu dan anak lelaki kepada penulis artikel asal, Ehud Yonay sehingga mengilhamkan filem 'Top Gun' bertindak menyaman Paramount Pictures berkenaan sekuelnya, 'Top Gun: Maverick'.

Shosh Yonay dan Yuval Yonay memfailkan aduan kepada Mahkamah Persekutuan California dengan mendakwa bahawa hak untuk kisah Yonay dikembalikan semula kepada mereka pada 24 Januari 2020.

waris penulis artikel asal 'top gun' tak puas hati, bertindak failkan saman terhadap paramount pictures

Namun, tuntutan balu serta anak lelaki penulis berpendapat bahawa Paramount yang menghasilkan dan mengedarkan sekuel ini tidak memperoleh semula hak tersebut sebelum mengeluarkan filem pada Mei lalu.

Menurut jurucakap Paramount Pictures, pihaknya memaklumkan dakwaan itu tiada merit dan mereka akan mempertahankan diri dalam isu berkenaan.

Artikel asal Yonay mengenai program latihan Sekolah Pesawat Pejuang Tentera Laut dan dua juruterbang dalam kursus itu, iaitu watak 'Yogi' dan 'Possum' diterbitkan dalam majalah California edisi Mei 1983.

Selepas itu, Paramount Pictures memperoleh hak filem eksklusif dan 'Top Gun' dikeluarkan pada tahun 1986 sehingga menjadi filem nombor satu tahun ini.

Tambahnya, filem sekuel ini telah dibangunkan dan disiapkan selama bertahun-tahun tetapi akibat beberapa kekangan filem ini ditangguhkan tayangannya.

Akhirnya, filem 'Top Gun: Maverick' ditayangkan di pawagam pada 27 Mei dan kini pecah panggung dalam masa dua minggu serta dilaporkan telah memperoleh lebih AS$557 juita dalam jualan tiket di seluruh dunia.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}