Warganegara asing yang melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen yang telah diberikan.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud memaklumkan individu yang didapati bersalah juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini semula.
Ia seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.
“Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen menasihatkan supaya semua warganegara asing mematuhi arahan dan peraturan semasa agensi-agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19,” katanya.
Beliau menjawab isu tular dalam media sosial berkenaan warganegara asing yang melanggar SOP pencegahan COVID-19 malah ada di kalangan mereka seolah sengaja mencabar pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas mereka.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.