Ribuan warga India menjadi mangsa penipuan vaksin COVID-19 palsu yang dipercayai berisi air garam.
Polis berjaya menahan doktor dan pegawai perubatan yang disyaki terlibat dengan sindiket ini manakala 12 pusat vaksinasi palsu berhampiran Mumbai, India juga diperiksa.
Menurut Vishal Thakur, seorang pegawai kanan di jabatan polis Mumbai, vaksin palsu itu mengandungi air garam dan sebanyak 2,500 orang dianggarkan telah menerima vaksin COVID-19 palsu.
Pihak tidak bertanggungjawab itu dianggarkan telah memperoleh keuntungan sekitar USD$ 28,000 (RM117,000) dari vaksin palsu.
Polis telah menahan 14 orang kerana disyaki menipu, cuba membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan berat yang lain.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.