Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Warga Emas Kena ‘Love Scam’, Rugi Setengah Juta Akibat Percaya Kata-Kata Manis ‘Doktor’

Alahai setengah juta ringgit lesap begitu saja?
Muhammad Izwan Zainal
30 May 2022, 05:40 PM

Wang tunai sebanyak RM565,700 lesap apabila seorang wanita warga emas diperdaya oleh seorang 'doktor' yang dikenalinya di media sosial.

warga emas kena ‘love scam’, rugi setengah juta akibat percaya kata-kata manis ‘doktor’

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat, mangsa berusia 68 tahun bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya suspek melalui modus operandi ‘love scam’ sejak Mei tahun lalu.

"Mangsa terpedaya setelah berkenalan dengan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama sebagai Ding Nai Wei yang mendakwa seorang doktor sedang bekerja di Iraq," katanya.

Tambahnya, suspek dilaporkan telah merayu kepada mangsa untuk memasukkan sejumlah wang untuk dibayar kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar dirinya dapat keluar dari Iraq.

warga emas kena ‘love scam’, rugi setengah juta akibat percaya kata-kata manis ‘doktor’

Malah, ‘doktor’ berkenaan berjanji akan memberikan wang sebanyak RM5 juta kepada mangsa apabila suspek sampai di Malaysia.

"Rayuan suspek telah menjerat mangsa sehingga mangsa melakukan 69 kali transaksi ke dalam 13 akaun bank iaitu 12 kali transaksi melalui Maybank dan sekali melalui CIMB Bank," katanya.

Mangsa dipercayai melakukan 11 transaksi kepada pelbagai akaun bank individu melalui mesin ATM di Maybank Cawangan Taiping bermula dari 4 Okt 2021 hingga 21 Mei tahun ini.

"Mangsa tidak pernah bertemu dengan doktor tersebut sepanjang perkenalan mereka dan mangsa hanya berhubung di aplikasi WhatsApp melalui dua nombor talian iaitu +1(786)6526776 dan +1(984)3683962," katanya.

Mangsa yang menyedari perbuatan tersebut terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}