Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila didakwa menerima bungkusan telefon bimbit yang diisi dengan ketulan batu.
Telefon bimbit itu difahamkan dibeli dengan penjual online pada harga 2.5 juta rupiah (RM730) secara atas talian.
Menerusi hantaran di laman Twitter, pengguna @aftertandakoma berkongsi video yang memaparkan dia membuka bungkusan telefon bimbit yang dibeli menggunakan platform beli-belah atas talian.
Namun, dia terkilan setelah mendapati isinya hanya ketulan batu dalam kotak telefon bimbit.
“Helo. Saya kena tipu. Kerugian 2.5 juta rupiah,” tulisnya di hantaran itu.
Wanita itu bertindak membuat aduan dengan platform e-dagang tersebut mengenai isu yang dihadapi itu.
Setelah diselidik, penjual tersebut dikatakan telah mengirim produk seperti yang diminta wanita berkenaan dan tidak menipunya.
Tambahnya, peniaga itu menyangka mungkin barangnya diambil oleh pihak kurier yang mungkin telah membuka bungkusan tersebut.
“Kami tidak tahu. Mungkin yang bersalah dalam hal ini adalah pihak kurier. Kalau kami menipu, tidak mungkin kami boleh menjual banyak unit telefon bimbit dan kesemua produk yang kami jual adalah produk asli,” kata peniaga itu.
Rata-rata warganet mengeluarkan pelbagai spekulasi mengenai isu itu sehingga menjadi tular di laman media sosial.
Namun, wanita itu menganggap isu tersebut telah selesai selepas dia mendapat semula wang ganti rugi.
Sumber: Liputan6
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.