Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita melarikan sebuah kereta milik sepasang suami isteri yang ditinggalkan tanpa mematikan enjin kenderaan di Jalan Genting Klang pada Khamis.
Suspek berusia 38 tahun ditahan akibat kesalahannya itu dan berdasarkan data suspek memiliki 14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Malah, suspek juga bertindak memandu kereta secara melulu dan melanggar beberapa kenderaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah memaklumkan hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 2.30 petang di hadapan Kolej Vokasional Setapak dan ketika pasangan mengambil barang.
“Mangsa kemudian mendapati kenderaannya dibawa lari seorang wanita menghala ke pusat bandar.
“Mangsa kemudian bertindak meminjam motosikal milik pengawal keselamatan yang berada berdekatan untuk membuat laporan polis.
“Apabila tiba di lampu isyarat hadapan Setapak Central, mangsa mendapati kenderaannya terbabit dalam kemalangan selain suspek telah ditahan oleh orang awam dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambahnya, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.