Dunia masih lagi dikejutkan dengan wabak coronavirus yang bermula daripada Wuhan, China dan sehingga kini ia meningkat kepada 20,626 kes positif di 27 buah negara seluruh dunia.
Disebabkan itu, orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai perlindungan diri selain mengurangkan hubungan terus kepada pembawa wabak berkenaan.
Menurut Oriental Daily, seorang wanita dari China nyaris dirompak oleh peragut ketika tinggal seorang diri di rumah. Wanita berkenaan telah ditutup mulutnya selain diugut untuk dirogol.
Beliau yang berpura-pura batuk, memberitahu perompak itu bahawa dia baru sahaja pulang daripada Wuhan dan berkurung dalam rumah bagi mengelakkan ia berjangkit kepada orang lain.
"Saya baru pulang dari Wuhan dan saya ada tanda-tanda terkeja jangkitan wabak coronavirus. Jadi saya berkurung diri dalam rumah sahaja", katanya kepada perompak terbabit sambil berpura-pura.
Perompak yang risau dirinya terkena jangkitan segera melarikan diri dengan mengambil telefon bimbit dan wang 80 yuan (kira-kira RM47) daripada wanita tersebut.
Selepas perompak melarikan diri, wanita ini terus membuat laporan polis dan perompak itu berjaya diberkas tidak lama kemudian.
Sumber: Oriental Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.