Seorang wanita hidup sebatang kara di Amerika Syarikat, hanya bertemankan timbunan sampah dalam rumahnya sejak 20 tahun lalu.
Dikenali sebagai Sylvie, 60, dipercayai menderita kemurungan kerana tidak pernah menerima sebarang pelawat sejak berpuluh tahun lalu, mengakibatkan beliau sukar menguruskan dirinya.
Segenap rumahnya dipenuhi sampah hingga dia tidak mampu untuk ke tandas dan dapur.
Beliau yang tinggal keseorangan menguruskan dirinya sendiri dengan menggunakan lampin pakai buang kerana tidak dapat untuk masuk ke tandas sendiri.
Sampai satu tahap rumahnya sudah terlalu penuh dengan sampah, menyebabkan dia terpaksa duduk di depan pintu rumah.
Mujur dengan bantuan jiran dan badan amal, kira-kira 30 tan sampah berjaya dikeluarkan dari dalam rumah wanita ini, hingga kini dia mampu hidup dengan lebih selesa.
"Ini sangat teruk, saya rasa sangat malu. Tetapi saya tidak dapat uruskannya kerana kemurungan dialami.
"Di mana-mana saja ruang dari lantai sampai ke siling dipenuhi sampah sampaikan saya terpaksa tidur di atasnya.
"Saya hanya gunakan bilik air jika saya dapat memanjat sampah, malah saya juga tak dapat masuk ke dapur," katanya.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.