Seorang wanita dari Thailand dilaporkan telah meninggal dunia ketika tidur gara-gara cuaca yang terlalu sejuk buat masa ini.
Wanita berusia 57 tahun itu ditemui tidak bernyawa pada jam 7 pagi pada 11 Disember lalu. Hasil siasatan awal mendapat, wanita berkenaan tidur berhadapan kipas yang berpusing padanya, menyebabkan beliau mati kesejukkan.
Ketika polis tiba ditempat kejadian, mereka mendapati kipas masih lagi berpusing dan mangsa terbaring dalam keadaan kesejukkan dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek. Lebih menyedihkan, wanita ini adalah mangsa ke-5 yang mati akibat kesejukkan di daerah Chaiyaphum kali ini.
Tambah lagi, kakak mangsa mendakwa mangsa telah mabuk pada malam sebelum kejadian dan tidak menyangka beliau mati angkara cuaca yang terlampau sejuk.
Terdahulu, seorang lelaki berusia 38 tahun juga ditemui mati di kawasan utara Thailand gara-gara cuaca yang terlampau sejuk hingga mencecah 9 darjah Celcius.
Sumber: Oriental Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.