Seorang wanita yang bosan duduk di rumah ekoran daripada perintah berkurung, bertindak memakai gaun mewah yang biasa dipakainya ketika majlis tari menari, semata-mata untuk membuang sampah.
Nicola Matthews, 49, dari Essex, England berkata, selain gaun beliau turut mengenakan solekan dan juga kasut tumit tinggi, seolah-olah mahu ke majlis tarian.
“Saya mendapat idea untuk melakukannya apabila melihat gambar seorang selebriti memakai gaun panjang ketika membuang sampah, jadi saya membuat keputusan untuk melakukan perkara sama.
“Saya seronok dapat keluar dengan berpakaian cantik walaupun untuk membuang sampah,” katanya.
Katanya, perbuatan yang mulanya sebagai satu gurauan itu bertukar menjadi rutin buat dirinya pada setiap Rabu untuk keluar membuang sampah dengan penuh bergaya.
“Kebiasaannya, saya akan meluangkan masa sekitar sejam untuk bersiap termasuk bersolek dan mendandan rambut.
“Pada setiap Rabu, saya akan keluar membuang sampah dengan berpakaian seperti ini dan meminta bantuan jiran untuk merakam gambar sebagai kenangan,” ujarnya.
Selain itu, beliau pernah mengenakan pakaian sedemikian dan menolak tong sampah sejauh 3.5 batu, bagi mengutip sumbangan derma yang akan digunakan untuk tujuan kebajikan.
Sumber: Fox News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.